Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(3)

127

What' done cannot be undone

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terjadisudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terjadi(sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; terjadi ~ Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur;Kamus Dewan Edisi Keempat
terjadisudah berlaku:Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya.Kamus Pelajar
lalu2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang.Kamus Pelajar
telah Ikata bantu yg menyatakan sesuatu perbuatan sudah berlaku atau sudah berlangsung: Apabila mereka sampai di situ, pertandingan itu ~ tamat. setelah sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telah Ikata bantu yg menyatakan sesuatu perbuatan sudah berlaku atau sudah berlangsung: Apabila mereka sampai di situ pertandingan itu ~ tamat.Kamus Pelajar
pernah Isudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengar­an, mengalami, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lalu1 berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang. 3 kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci, ~ dijemur. 4 berdaya; larat; sanggup: Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5 langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelang pertumbuhan(Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejadian1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas