Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Mudik ke hulu menyusur duri,
     Orang mengetam musim bah;
Duduk kita fikirkan diri,
     Kasih sayang sudah berubah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah berkata satu.

Bermaksud :

Tidak berubah daripada yang telah diucapkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

298

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terubah suai(sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertukar hatia) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
adikuasakuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah sejak ~ Soviet Union hilang taring.Kamus Dewan Edisi Keempat
aspirasikeinginan yg kuat (utk mencapai, meng­adakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg di­tegas­kan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: ter­dapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
ubah suai; mengubah suai menjadikan sesuatu berubah dan sesuai dgn kehendak (keperluan dsb): ~ sistem penanaman padi. terubah suai (sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb. ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai; hasil drpd mengubah suai. pengubahsuaian perbuatan atau hal mengubah suai. pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepastianperihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
wajah1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
sofistikated1. mempunyai cita rasa (pera­ngai, tingkah laku, pandangan, dll) yg tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih: keadaan kehidupan berubah dgn cepat dan pe­ngalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru; dia sudah berubah drpd seorang gadis yg sederhana kpd seorang gadis yg begitu ~ sekali; 2. mempunyai atau menunjukkan ciri­ciri dsb yg kompleks (moden, rumit, pelbagai, dsb), tidak ringkas atau sederhana, canggih: puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dgn persoalan yg kompleks dan ~; muzik yg ~; mesin jahit model baru yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tukarbp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika di­panaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memin­dahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara).Kamus Dewan Edisi Keempat
bertukar1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke IpohKamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas