tua I | 1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasukkan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya memekik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan mengikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. mengepalai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempelak | cela atau cerca yg pedas dgn membangkit-bangkitkan keburukan (kesalahan dll) yg sudah-sudah: hasutan mereka tidak sedikit diendahkannya, sebaliknya ~ yg diberikan-nya kpd mereka;menempelak mencerca atau mencela dgn keras (dgn membangkit-bangkitkan hasil yg sudah-sudah), menggusari dan menyesali: sudah melampaui batas apabila seorang anak sulung boleh ~ bapanya di hadapan mukanya;tempelakan tempelak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpateri | 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesawah | orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siap | 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masingmasing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersediasedia: negeri Kuripan sedang ~ utk perkahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menyediakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (mempersiapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamat | 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayatnya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ijazah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn memberhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matang I | 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematangkan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rosak | 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak beraturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingatannya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg mengakibatkan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang peliharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; Socrates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu keamanan, pengacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersapu | 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, dimusnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesai | 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan sesuatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |