Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka] | سوک

Definisi : 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkan­nya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (ke­mahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalah­majalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergem­bira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga me­ngarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, meng­gembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (di­sayangi, dicintai, dikehendaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka] | سوک

Definisi : 1 perasaan senang atau perasaan gembira: Hanya engkaulah sahabatku dlm ~ dan duka. 2 = ~ hati (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. 3 mahu mengerjakan sesuatu; gemar akan sesuatu; berkenan akan sesuatu: Aku boleh pergi bila-bila aku ~. Aku tidak ~ engkau mengganggu mereka. 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. bersuka-suka bergembira; bersenang-senang: Pd ketika itu, baginda telah pergi ke Rembau ~ beberapa lama. bersuka-sukaan 1 bergembira beramai-ramai (dgn makan minum, nyanyian dsb): Setelah itu menteri Kelahan pun berjamu makan minum ~ tiga empat hari lamanya. 2 bercinta-cintaan (antara lelaki dan perempuan). menyukai 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. menyukakan menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? kesukaan 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Sakit kepala panjang rambut,
     patah selera banyak makan.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).

 

Lihat selanjutnya...(75)

622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suka-sukaseronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
benci(berasa) tidak suka; sangat-sangat tidak suka: Saya ~ akan sikapnya yg suka mengeji. membenci tidak menyukai; tidak suka kpd: Kerana perangainya yg buruk, banyaklah orang yg ~nya. kebencian 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. pembenci 1 orang yg menaruh perasaan benci; orang yg membenci: Dia memang ~ peperangan. 2 sesuatu yg digunakan utk menimbulkan perasaan benci: ubat ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tagih II~ judi suka (kuat) berjudi; ~ rokok suka (kuat) menghisap rokok; menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu: Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yg ~ spt alkohol dan dadah; ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu; ketagihan dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll); penagihan perihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang; penagih orang yg menagih sesuatu; ~ dadah orang yg ketagihan dadah; ~ televisyen orang yg ketagihan menonton televisyen.Kamus Dewan Edisi Keempat
olahansuka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mahu1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas.Kamus Dewan Edisi Keempat
suka riasangat suka hati; riang gembira; girang. bersuka ria bersuka-suka; bergembira: Sebelum menghembuskan nafasnya yg akhir, Nagasura telah me­nyuruh rakyatnya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyukakanmenyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramahsuka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyendiri(orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
gatal mulutsangat suka bercakap-cakap yg bukan-bukan; suka berleter atau suka mengumpat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas