Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sup ayam


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramensejenis mi wantan yang berkuahkan sup ayam, dihidangkan bersama-sama hirisan ikan, telur, timun dan mempunyai rasa yang masam manisKamus DBP versi dalam Talian
ayam I1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallo­pavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya ber­bintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg di­pelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg di­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kem­biri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinan­tan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disem­belih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sen­diri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupa­nya tiada prb kejahatan yg sulit dan di­ketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sen­diri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal peker­jaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau se­suatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb di­­kata­kan kpd orang yg menger­ja­kan per­buatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg ber­pera­saan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikata­kan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb di­kata­kan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (menge­ram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk per­mainan); 2. ayam-ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
nasi ayamnasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili;Kamus Dewan Edisi Keempat
sotomakanan spt sup yg dicampur dgn daging ayam (nasi himpit, tauge dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sotomakanan spt sup yg dicampur dgn daging ayam (nasi himpit, tauge dll).Kamus Pelajar
sotosj makanan spt sup yg dicampur dgn da­ging ayam bersama nasi himpit (mi, tauge, dll) .Kamus Dewan Edisi Keempat
supsj masakan yg banyak kuahnya (dibuat drpd ramuan-ramuan tertentu spt daging, ikan, sayur, dsb): ~ ayam; ~ kambing.Kamus Dewan Edisi Keempat
supmasakan daging, sayur dsb yg banyak kuahnya dan dibuat dgn menggunakan ramuan-ramuan tertentu: ~ ayam; ~ kambing.Kamus Pelajar
supmasakan daging, sayur dsb yg ba­­nyak kuahnya dan dibuat dgn meng­guna­kan ramuan-ramuan tertentu: ~ ayam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyelodokmerangkak (menyu­sup) di bawah sesuatu, membongkok masuk (ke tempat-tempat yg rendah); ~ sama bongkok, melompat sama patah prb orang yg seia sekata; biar ~ ke bawah rumah asal mendapat telur ayam prb biarlah mengerjakan sesuatu yg kurang martabatnya asalkan mendapat rezeki yg halal.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas