Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
taman I1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, bere­hat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bunga­an); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka per­pustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tem­pat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm pepe­rangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pe­ng­­in­dahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
deret(dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalan1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas