lecap | basah kuyup, basah lencun, basah sekali: ~lah sapu tangan oleh air mata; kelecapan perihal lecap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
basah lecap | basah kuyup, basah lencun, basah sekali: ~lah sapu tangan oleh air mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merayau-rayau | 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merayau | , merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayau | ; merayau, merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; perayau orang yg suka merayau, kutu rayau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seka | (séka); berseka menyapu-nyapu (menggosok-gosok) dgn kain dll: maka ~lah ia di hadapan meja cuci muka, lalu berpakaian-lah; menyeka, menyekai menyapu (menggosok dll) supaya bersih atau kering: disekanya air mata yg mengalir di pipinya yg cengkung itu; peluh yg mengalir di muka diseka dgn tangan menyekakan menyapukan, menggosokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkup | setangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belahnya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ perkembangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun meniarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, tertiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, terlentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naskhah | 1 karangan dll yg bertulis tangan; manuskrip. 2 penjodoh bilangan utk menghitung buku, majalah dll; buah: Harga majalah itu ialah seringgit se~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbunyi | 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiat | mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), menguliti: gigi yg berjenis-jenis itu digunakan utk memotong, ~, mengisar, dan menghancurkan makanan; kadang-kadang majalah ayahnya disiatnya dan dibuatnya kapal atau layang-layang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |