menyayu | menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempatkan | 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangannya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telapakan | 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telapak | telapakan 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertekan | bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangannya ~ di meja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengan | 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menyerupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesejukan | 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badan | 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertaut | 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhubungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyodorkan | 1. menyorongkan ke depan, menganjurkan: ketika aku masuk, ada yg berdiri hendak ~ kerusi, ada yg duduk sahaja; 2. menghulurkan (tangan dll), mengunjukkan, memberikan: Kartini ~ tangannya utk berjabatan; ia ~ gelas berisi air limau kpd temannya; 3. memaksakan, mendesak, menonjol-nonjolkan, menuntut: kami para pemuda tidak mahu menerima syarat yg disodorkan oleh Jepun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |