Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telinga (kata nama)
Bersinonim dengan alat pendengaran, pancaindera;,
Kata Terbitan : menelinga,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
anak telingabahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meatus(méatus) (Bio) saluran semula jadi di dlm tubuh, spt salur dr telinga luar ke gegen­dang telinga.Kamus Dewan Edisi Keempat
gegendang telinga(Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah.Kamus Dewan Edisi Keempat
gegendangsesuatu yg fungsinya atau bentuknya spt gendang; ~ telinga (Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah.Kamus Dewan Edisi Keempat
telinga I1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kam­bing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak meng­endahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku.Kamus Dewan Edisi Keempat
daun telingabahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
daun telingabahagian telinga yg di luar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
daun telingabahagian telinga yg di luar;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejutkaku (anggota, urat) disebabkan ter­peranjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak di­jangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, ber­goncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) ter­sentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat).Kamus Dewan Edisi Keempat
anak1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas