Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lur] | تلور

Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jan-tan, Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuh­an (rumpai), Sporobolus dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquha­riana; ~ ikan sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens; ~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : benda bulat bujur yg biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak (bagi beberapa jenis binatang spt ayam, penyu, burung): ~ ayam; ~ burung. ~ asin (masin) telur ayam atau telur itik yg telah diasinkan. ~ dadar telur yg diaduk lalu digoreng. ~ kemuruk (tembelang) telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk. bertelur 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. menelurkan mendatangkan sesuatu; menerbitkan; menghasilkan: Usaha itu ~ hasil yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Banyak-banyak telur merbuk,
     Tidaklah sama telur merpati;
Banyak mabuk perkara mabuk,
     Mabuk yang mana sakit sekali.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(18)

473

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu.Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Telur mengatakan lepang tak pandai duduk, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemurukbusuk, tembelang (bkn telur); telur ~ telur tembelang, telur kemungkus: gas ini busuk baunya spt bau telur ayam ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembelang1. = telur ~ telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk, telur bungkus, telur kemungkus; 2. ki keburukan (yg disem­bunyikan), kejahatan: mereka berjaya men­dedahkan ~ pihak musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembelang1 = telur ~ telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk; telur kemuruk. 2 ki keburukan atau kejahatan yg disembunyikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeramimengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeramkanmenetaskan telur dgn cara memanaskannya dgn menggunakan alat tertentu: Mereka ~ telur-telur ayam dlm alat itu selama beberapa hari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeramkanmenetaskan telur dgn cara memanaskannya dgn menggunakan alat tertentu: Mereka ~ telur-telur ayam dlm alat itu selama beberapa hari.Kamus Pelajar
kemungkus Iark; telur ~ telur tembelang.Kamus Dewan Edisi Keempat
dadar1. = kuih ~ sj kuih biasanya berinti kelapa yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum ber­campur telur dll; 2. = telur ~ telur yg dipukul dan digoreng nipis; mendadar membuat dadar;Kamus Dewan Edisi Keempat
penetas1. alat yg digunakan utk menetaskan telur: telur burung ini ditetaskan dgn menggunakan alat ~; 2. pihak (orang atau syarikat) yg mengusahakan kerja penetasan: anak ayam itu dibawa dr syarikat ~ di Pekan Nenas.Kamus Dewan Edisi Keempat
dadar; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum. telur ~ telur yg dipukul dan digoreng tipis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas