tempuh I | setempuh; ~ lalu, sebondong surut prb adat orang bersahabat sentiasa semua-fakat dan bersatu hati; bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh sl langgar-melanggar (orang berperang dll), serang-menyerang, serbu-menyerbu; menempuh 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melanggar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belukar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menanggung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi mengalami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; penempuhan proses menempuh(i) sesuatu: ~ berbagai-bagai bala bencana sbg ujian mematangkan usia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempuh | ; menempuh 1 maju menyerang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. 2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ, rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora. 3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan. 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun, beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempuh II | Jw sesuatu yg digunakan utk mengganti barang yg dirosakkan, barang dll sbg ganti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempuh-menempuh | sl langgar-melanggar (orang berperang dll), serang-menyerang, serbu-menyerbu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempuh;menempuh | 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. | Kamus Pelajar |
tempuh;menempuh | 3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan. | Kamus Pelajar |
tempuh;menempuh | 2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora. | Kamus Pelajar |
tempuh;menempuh | 1 maju menyerang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. | Kamus Pelajar |
bertempuh-tempuh | sl langgar-melanggar (orang berperang dll), serang-menyerang, serbu-menyerbu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar I | laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; melanggar 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung; terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; perlanggaran perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila undang-undang itu dilanggar, maka si ~ akan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |