Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tipis1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia me­makai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihat­an; 3. kurang padat (bkn asap, awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melin­dungi matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisan­nya ~; 5. sedikit sahaja (tidak besar), ham­pir tidak ada: harapan kita utk melahir­kan pe­nulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~; kemungkinan ter­capai­nya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6. sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; mendapat keun­tungan ~ mendapat keuntungan yg sangat sedikit;~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) ber­­kata-kata; b) mudah berkata yg bukan-bukan, lancang mul t, cerewet; ~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yg membang­kitkan kemarahan); menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harap­annya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~ getah dgn mesin; per-buatan curangnya ~ kepercayaan orang ter-hadapnya; ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu: ~ minat; penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menye­babkan ~ lapisan ozon.Kamus Dewan Edisi Keempat
niat1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, meng­harapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, me­maksud­kan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (se­telah sampai hajat dll), mengaulkan, me­nazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon se­suatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, ter­maksud: Nahidah tidak ~ hendak meng­khabarkannya; niatan niat.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenggang(lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~ yg lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dll); ~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup atau duduk bersenang­senang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung); ~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak sedarkan kekurangan diri; ~ -lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-­suka biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada; tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah­-ubah dan masih tetap spt lama juga; berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2. menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg ber­tiup itu melenggang-lenggangkan rambut­nya; terlenggang-lenggang terayak-ayak, ter­ayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dll); lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2. pergerakan melenggang, ayunan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas