terhimpit | 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah pinggir | tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakuti | menaruh rasa hormat terhadap; berasa takut akan; menyegani: Orang ramai ~ beliau di kampung ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Melayu | nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang I | 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb sumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkena | 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepah | (sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau ter-susun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~; menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat: majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
himpit | sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-menyesak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskinan ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-himpitkan merapatkan berhimpit-himpit; terhimpit 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggilan | 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajakan, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antara-bangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layak I | 1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd ~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~ dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg tertentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hina aku spt mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya; selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula; melayakkan menjadikan layak, memadankan, menyesuaikan: hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal; kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggupan: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; berkelayakan mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |