Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercapai

Puisi
 

Apa direndam dalam bijana,
     Kain sutera hendak disidai;
Siang malam termenung merana,
     Kerana cinta tidak tercapai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(40)

456

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Ditumbuk dikisar barulah lumat

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi ditumbuk dikisar barulah lumat. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sayup-sayup sampaia) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai; b) kurang sedikit lagi sampai pd mata atau telinga (kerana kurang nyata).Kamus Dewan Edisi Keempat
tercapai1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tercapai(sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana;Kamus Dewan Edisi Keempat
tercapai1. dpt dicapai: Tidak ~ olehnya saya buah di hujung dahan itu. 2. sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll).Kamus Pelajar
nazarAr janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (mele­paskan, menunaikan) ~ membuat atau me­nunaikan apa yg telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
nazarjanji hendak berbuat sesuatu apabila telah tercapai sesuatu hajat; niat; kaul. membayar (menunaikan) ~ menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. bernazar berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh, dia akan bersedekah kpd fakir miskin. menazarkan menjadikan sesuatu sbg nazar; meniatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaul IIniat yg disertai janji akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; nazar: membayar ~ melepaskan nazar. berkaul berniat akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; bernazar: Dia ~ hendak berpuasa tiga hari jika anaknya lulus ujian tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nazarjanji hendak berbuat sesuatu apabila telah tercapai sesuatu hajat; niat; kaul. membayar (menunaikan) ~ menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. bernazar berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh dia akan bersedekah kpd fakir miskin. menazarkan menjadikan sesuatu sbg nazar; meniatkan.Kamus Pelajar
kaul IIniat yg disertai janji akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; nazar: membayar ~ melepaskan nazar. berkaul berniat akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; bernazar:Dia ~ hendak berpuasa tiga hari jika anaknya lulus ujian tsb.Kamus Pelajar
makbul1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas