Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekejutan1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkejut1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkejut1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnyaKamus Dewan Edisi Keempat
terkejut1. terjaga drpd tidur, terbangun; tersedar:Ia ~ drpd tidurnya. 2. tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng.Kamus Pelajar
kekauterjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut dll); terkekau-kekau sekejap-kejap terkejut (ter­jaga) drpd tidur.Kamus Dewan Edisi Keempat
ohsr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; “~!” kata Ros terkejut; o II.Kamus Dewan Edisi Keempat
peranjat; memeranjatkan menyebabkan seseorang terkejut: Berita buruk itu ~ setiap orang. terperanjat tiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peranjat; memeranjatkanmenyebabkan seseorang terkejut: Berita buruk itu ~ setiap orang. terperanjat tiba-tiba tergamam atau terlompat kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah.Kamus Pelajar
pengsan/péngsan/ 1 tidak sedarkan diri kerana sakit, terkejut dsb: Dia ~ apabila mendengar berita yg memeranjatkan itu. 2 keadaan tidak sedarkan diri kerana sakit, terkejut dsb: Setelah sedar drpd ~, dia mengucap berkali-kali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gamam1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dll: dia menjadi ~; 2. = tergamam gelisah, ragu-ragu: dia menegur dgn suara ~;tergamam menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;kegamaman dlm keadaan gamam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas