Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.li.hat] | ترليهت

Definisi : 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terlihat1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling;Kamus Dewan Edisi Keempat
terpandang1. dapat dipandang, terlihat, ke­lihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-­tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, dise­gani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
arca1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakai­an­nya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyim­pan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipan­dang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasil­kan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertampakterlihat, kelihatan, ternampak;Kamus Dewan Edisi Keempat
ternampakkanterlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
meredamkurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak terpandanga) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu;Kamus Dewan Edisi Keempat
ternampak1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai;Kamus Dewan Edisi Keempat
mimpi1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermim­pi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan­bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diper­oleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana ter­ingat-ingat atau terkenang-kenang akan se­suatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm inga­tan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mus­tahil); impi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuman1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bak­teria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai­-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas