Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertindih 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketindihan1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur;Kamus Dewan Edisi Keempat
tindihbertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertindih1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketindihan1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ke­tika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertekan1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terhimpit1 sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2 ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penindas1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit.Kamus Pelajar
tertekan1 dlm keadaan ditekan; tertindih.Kamus Pelajar
tekan; bertekan1 dlm keadaan ditekan; tertindih.Kamus Pelajar
ketindihan1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas