nyalang | 1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta; menyalangkan membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melihat | 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celik huruf | boleh (dapat) membaca dan menulis, tidak buta huruf; kecelikan huruf keadaan atau sifat celik huruf: Malaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dr segi ~ penduduknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lihat | ; berlihat-lihatan saling memandang. melihat 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. melihatkan melihat akan; memandang kpd: Dia kasihan ~ anaknya yg sakit terlantar di hospital. memperlihatkan menunjukkan sesuatu supaya dpt dilihat; menayangkan wayang gambar dll: Murid-murid itu telah ~ tarian zapin kpd para pelancong. kelihatan 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. penglihatan 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celik | 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkatkan ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melihat | 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik | 1. terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2. dpt melihat; tidak buta. 3. terbit atau keluar (ttg matahari). 4. ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. mencelikkan 1. membuka (mata); menjadikan celik. 2. ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. | Kamus Pelajar |
celik I | 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan komputer; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lihat | pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (pancaindera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buta | 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |