Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)
Peribahasa

Memecah damar atau pagu.

Bermaksud :

Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.

 

Lihat selanjutnya...(7)

242

A little is better than non

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but a little is better than non . Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekurangan1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepalang1 = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan ~ amat sangat; bukan main; melampau. 2 = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senteng/sénténg/ 1 tidak cukup pan­jangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepalang1. = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan amat sangat; bukan main; melampau. 2. = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna.Kamus Pelajar
kepalang tanggungtidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepalang1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sem­purna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (mem­buat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebulurantidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata.Kamus Pelajar
alang kepalangtidak cukup; sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebuluran1 tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. 2 keadaan atau kejadian bulur: Disebabkan kekurangan makanan, maka berlakulah ~ di kawasan bencana itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serba kekurangantidak cukup segala-galanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas