menghina mahkamah | a. tidak patuh pd keputusan atau proses mahkamah. b. melakukan perbuatan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
murtad | (bagi orang Islam) keluar drpd agamanya; tidak patuh pd agamanya; membuang iman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
murtad | (bagi orang Islam) keluar drpd agamanya; tidak patuh pd agamanya; membuang iman. | Kamus Pelajar |
Islam baka | a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golongan hipi | golongan yg tidak mahu menerima atau tidak patuh kpd kebiasaan-kebiasaan dlm masyarakat dan melahirkan keperibadian mereka yg bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara hidup mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hipi | ; golongan ~ golongan yg tidak mahu menerima atau tidak patuh kpd kebiasaan-kebiasaan dlm masyarakat dan melahirkan keperibadian mereka yg bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara hidup mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendepak | 1. menyepak, menendang: pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yg membantah kehendak mereka; 2. ki memberhentikan (drpd jawatan, perkumpulan, dll), memecat: ahli itu telah didepak drpd persatuannya kerana tidak patuh kpd undang-undang persatuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anarki | 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungkir | 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri; pemungkir orang yg memungkiri janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
depak I | Jk; mendepak 1. menyepak, menendang: pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yg membantah kehendak mereka; 2. ki memberhentikan (drpd jawatan, perkumpulan, dll), memecat: ahli itu telah didepak drpd persatuannya kerana tidak patuh kpd undang-undang persatuan; pendepakan perihal atau perbuatan mendepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |