Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
derhakatidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
derhakatidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll: Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. penderhakaan perbuatan menderhaka: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri.Kamus Pelajar
ketidaktaatankeadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
derhaka1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan me­nerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Ab­­dullah bin Saba telah memainkan pe­ranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir.Kamus Dewan Edisi Keempat
mungkir1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyang­kal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. men­jauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memung­kiri; pemungkir orang yg memungkiri janji.Kamus Dewan Edisi Keempat
taat1. sentiasa menurut perintah (Tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd sese­orang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia; ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kese­tiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati ter­hadap agama, kesolehan;ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutlak1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak ber­belah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap ke-daulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); memutlakkan menyebabkan sesuatu men­jadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang; kemutlakan perihal mutlak; pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
patuhmenurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
taat setia yg sepukaltaat setia yg tidak berbelah bagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
waraktaat kpd Allah; taat melakukan suruhan Allah dan tidak melanggar larangan-Nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas