datar | rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
datar | rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1. bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2. selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. | Kamus Pelajar |
mendatar | 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyeimbangkan | menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stabil | 2 tidak turun naik (ttg harga barang, prestasi permainan dll). | Kamus Pelajar |
mendatar | 1. bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2. selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. | Kamus Pelajar |
stabil | 1 kukuh keadaannya (bkn pemerintahan, bangunan dsb); mantap: Politik yg ~ menjamin kemakmuran negara. 2 tidak turun naik (ttg harga barang, prestasi permainan dll). 3 tidak bergoyang (bkn kenderaan dsb); seimbang. menstabilkan menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. kestabilan keadaan atau hal stabil. penstabilan perbuatan atau hal menstabilkan; pemantapan. penstabil alat, faktor dll yg menstabilkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umbang-ambing | ; mengumbang-ambingkan 1. menggerak-gerakkan turun naik (kapal dibuai ombak dll), mengapung-apungkan turun naik; 2. ki menjadikan tidak tenang (fikiran dll), menjadikan bergelora (perasaan): sementara aku diumbang-ambingkan perasaan kacau, terdengar bunyi pintu diketuk orang; terumbang-ambing 1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut ter-apung-apung turun naik di permukaan air (bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg di-usung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~ dlm kebim-bangan; di sana hatinya ~; keterumbang-ambingan keadaan yg ter-umbang-ambing: malah mereka sendiri meng-hadapi krisis ~ budaya dan krisis identiti; perumbang-ambingan perihal terumbang-ambing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbang I | timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbang | atau turun naik di dlm air (bkn kapal, kayu lampung dll); mengapung-apungkan turun naik. 2 ki menjadikan tidak tenang atau tidak tetap (fikiran, perasaan dll). terumbang-ambing 1 bergerak turun naik atau timbul tenggelam di dlm air: Perahu itu ~ dipukul ombak. 2 ki dlm keadaan tidak tetap (bkn fikiran, perasaan, kehidupan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |