kesenjangan | ketidakseimbangan; perbezaan: ~ antara yg berpendapatan rendah dan yg berpendapatan tinggi makin luas. | Kamus Pelajar |
luas | 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuannya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (pemandangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pendidikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkembangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelonggaran, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penyelidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pendalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesenjangan | ketidakseimbangan; perbezaan: ~ antara yg berpendapatan rendah dgn yg berpendapatan tinggi makin luas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senjang /sénjang/ | kesenjangan ketidakseimbangan; perbezaan: ~ antara yg berpendapatan rendah dan yg berpendapatan tinggi makin luas. | Kamus Pelajar |
senjang | /sénjang/ tidak seimbang; berbeza. kesenjangan ketidakseimbangan; perbezaan: ~ antara yg berpendapatan rendah dgn yg berpendapatan tinggi makin luas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jar | bekas bulat yg tinggi dan bermulut luas (dibuat drpd kaca, tembikar dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jar | bekas bulat yg tinggi dan bermulut luas (dibuat drpd kaca, tembikar dsb). | Kamus Pelajar |
bestari | 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesor | (profésor) tenaga akademik yg paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru; ~ adjung gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; ~ diraja gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong; ~ emeritus gelaran kpd profesor yg telah bersara sbg suatu penghormatan; ~ madya pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; ~ pelawat profesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain (biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu; penolong ~ pensyarah yg tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti; keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dsb) sbg profesor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertubuh | sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |