dalang | 1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita sambil bercerita): ~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya; 2. ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di belakang gerakan ini?; ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi: terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti; mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~; mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~ pemberontakan itu sedang dicari-cari; mendalangkan 1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit; 2. = mendalangi; pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendalang | memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalang | orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung-patung sambil bercerita). ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi-sembunyi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalang | orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung-patung sambil bercerita). | Kamus Pelajar |
layar perak (putih) | kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendalangkan | 1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit; 2. = mendalangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cempurit | Jk tangkai pd tangan boneka wayang kulit (utk menggerak-gerakkannya dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layar perak (putih) | kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wayang suluh | Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayang kulit | wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |