Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bakar tak berapi.

Bermaksud :

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(5)

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cinder volcanicgunung berapi sinderGeografiTiadaSebuah gunung berapi yang terbentuk di atas bahan-bahan debu atau puing yang terhasil daripada letupan gunung berapi.
engulfment (volcano)penelanan (gunung berapi)GeografiTiadaRobohan kon gunung berapi disebabkan terobosan larva molten melalui fisur sisi dan bukan melalui lohong utama gunung berapi.
engulfment (volcano)penelanan (gunung berapi)GeologiTiadaRobohan kon gunung berapi disebabkan terobosan larva molten melalui fisur sisi dan bukan melalui lohong utama gunung berapi.
adventive conekon anak gunung berapi , kon konyongGeologiTiadaSatu kon gunung berapi kecil yang terbentuk di sisi gunung berapi utama.
extinct volcanogunung berapi matiGeografiTiadaGunung berapi yang terbentuk dan aktif pada masa geologi silam tetapi sekarang ini tinggal sisanya dalam kawasan yang tidak mengalami keaktifan volkano.
active volcanogunung berapi aktifGeologiTiadaGunung berapi yang sedang meletus dan juga yang dijangka meletus.
dormant volcanogunung berapi pendam; volkano pendamGeografiTiadaGunung berapi yang tidak diketahui telah meletus dalam masa lampau atau bila ia akan meletus pada masa akan datang.
composite volcanogunung berapi komposit; volkano kompositGeologiTiadaGunung berapi yang terbina daripada lapisan-lapisan bahan lava dan mendapan piroklas yang berselang-seli.
dormant volcanogunung berapi pendam; volkano pendamGeologiTiadaGunung berapi yang tidak diketahui telah meletus dalam masa lampau atau bila ia akan meletus pada masa akan datang.
volcanic sedimentenapan gunung berapiKejuruteraanTiadaEnapan berasal daripada gunung berapi termasuk bahan serpihan yang dilepaskan daripada letupan dan terendap di daratan atau dalam air.
12345678910...

Kembali ke atas