Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fi.kir.fi.kir] | برفيکير-فيکير

Definisi : berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfikir-fikir

Peribahasa

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
groupthinkfikir kelompokPsikologiPsikologi UmumKecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus.
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.


Kembali ke atas