apprehension | penangkapan; pemahaman; rasa bimbang | Pendidikan | Tiada | Tiada |
filial anxiety | kebimbangan filial | Gerontologi | Tiada | Perasaan bimbang atau khuatir anak dewasa untuk berhadapan dengan tanggungjawab mengurus ibu bapa yang sudah tua. |
childhood fear | ketakutan kanak-kanak | Sosiologi | Tiada | Perihal rasa gerun, bimbang, gentar atau cemas yang dialami oleh kanak-kanak terhadap sesuatu benda atau peristiwa. |
anxeity | keresahan | Perubatan | Tiada | Gangguan emosi apabila seseorang berasa cemas, bimbang dan takut tanpa sebarang rangsangan yang ketara, dan diiringi dengan perubahan fisiologi, misalnya takikardia, perpeluhan dan tremor. |
anxiety state | keadaan keresahan | Perubatan | Tiada | Keadaan emosi dengan perasaan takut dan bimbang yang berlebihan. |
psychosomatic | psikosomatik | Perubatan | Psikiatri | Gangguan fizikal yang berlaku disebabkan oleh masalah psikologi, seperti perasaan bimbang dan takut. |
fear avoidance | pengelakan takut | Psikologi | Tiada | Tindak balas seseorang secara sengaja mengelak melakukan sesuatu perkara kerana bimbang ketakutan atau kesakitan berulang. |
anorexia nervosa | anoroxia nervosa | Pendidikan | Tiada | Penyakit yang sering kali berlaku di kalangan remaja perempuan. Mereka lebih cenderung mengambil makanan terlalu sedikit kerana bimbang berat badan akan bertambah. |
anti-science fiction | fiksyen antisains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces. |
burnout | fenomena laih | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan yang dialami oleh seseorang pekerja profesional akibat tahap stres yang melampau atau stres akut. Fenomena laih merangkumi perasaan sangat letih, hilang semangat, bimbang, kerap mengalami insomnia dan prestasi kerja yang menurun. Fenomena laih ialah hasil daripada keadaan tekanan kerja yang berpanjangan. Contohnya, seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat terlalu banyak kes jenayah berprofil tinggi akan mengalami fenomena laih. |