light-time | masa cahaya | Matematik | Tiada | Masa yang diambil oleh cahaya, gelombang radio dan sinaran elektromagnet yang lain untuk bergerak pada kelajuan cahaya di antara dua titik. |
cloud height indicator | penuntuk ketinggian awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Alat yang digunakan untuk mengukur ketinggian dasar awan. Pengelasannya bergantung pada prinsip operasi penentuan ketinggian awan, iaitu prinsip trigonometri, dengan mengukur sudut projektor cahaya, titik pencerapan dan titik cahaya pada dasar awan, dan juga jarak di antara projektor cahaya dan titik pencerapan, misalnya, silometer dan sorot siling; dan teknik denyut, iaitu dengan mengira masa yang diambil bagi denyut tenaga merambat ualng-alik di antara pemancar yang terletak di bumi dan dasar awan, misalnya, penunjuk ketinggian awan denyut cahaya, dan radar pengesan awan yang diarahkan menegak. |
ringlight | lampu cecincin | Umum | Tiada | Alat pencahayaan berbentuk lingkaran, yang biasanya digunakan sebagai sumber cahaya tambahan untuk menerangkan objek yang diambil gambarnya. |
photoluminescence | fotopendarcahayaan | Fizik | Nanoteknologi | Proses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut. |
birefringent filter | turas dwibiasan | Matematik | Tiada | Turas yang berasaskan konsep pengutuban cahaya yang boleh mengasingkan jalur spektrum sempit dan membolehkan gambar foto monokromatik tentang fenomenon suria, seperti gambar foto tentang kilau dan semarak matahari, diambil. |
radar | radar | Aeroangkasa | Tiada | iaitu, kaedah untuk menentukan jarak dengan mengukur waktu yang diambil oleh isyarat radio untuk sampai ke sasaran dan sampai kembali ke punca, dan seterusnya menentukan arah sasaran, dengan menjajarkan kedudukan antena yang memancarkan satu alur cahaya yang nipis. |
radar | radar | Sosiologi | Tiada | iaitu, kaedah untuk menentukan jarak dengan mengukur waktu yang diambil oleh isyarat radio untuk sampai ke sasaran dan sampai kembali ke punca, dan seterusnya menentukan arah sasaran, dengan menjajarkan kedudukan antena yang memancarkan satu alur cahaya yang nipis. |
radar | radar | Kejuruteraan | Tiada | iaitu, kaedah untuk menentukan jarak dengan mengukur waktu yang diambil oleh isyarat radio untuk sampai ke sasaran dan sampai kembali ke punca, dan seterusnya menentukan arah sasaran, dengan menjajarkan kedudukan antena yang memancarkan satu alur cahaya yang nipis. |
radar | radar | Matematik | Tiada | iaitu, kaedah untuk menentukan jarak dengan mengukur waktu yang diambil oleh isyarat radio untuk sampai ke sasaran dan sampai kembali ke punca, dan seterusnya menentukan arah sasaran, dengan menjajarkan kedudukan antena yang memancarkan satu alur cahaya yang nipis. |
reflector | pemantul | Teknik | Elektrik | 1. Bahagian permukaan di belakang unsur antena bagi tujuan mengelakkan isyarat diambil dari arah belakang atau arah yang tidak dikehendaki. 2. Bahagian permukaan di belakang mentol lampu suluh bagi tujuan menumpukan atau mengagihkan cahaya yang dikeluarkan oleh lampu. |