Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : 1. galah (besi, kayu, dll) yg hujung­nya bercabang (digunakan sbg senjata, utk mengait, dll); 2. dahan yg bercabang dua; bercanggah 1. memakai canggah; 2. bercabang; 3. = bercanggahan bertentangan (pendapat, perkara, keputusan, dll): kenyataan yg dikeluarkan itu ~ dgn pendapat mereka; pemakaian bahasa setengah-setengah penulis ~ dgn tatabahasa; mencanggah menjalankan perahu dgn cang­gah; mencanggahi berbeza drpd, bertentangan dgn: maklumat itu ~ kesahan dasar itu; percanggahan perihal bercanggah (pendapat dll): ~ pemikiran tentang konsep ketuhanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : cucu kpd cucu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : Kl pergi (ke sesuatu tempat) dgn susah payah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gah] | چڠݢه

Definisi : 1 galah, kayu dsb yg hujungnya bercabang dan digunakan utk mengait dsb. 2 dahan yg bercabang dua. bercanggah 1 memakai atau mengguna­kan canggah. 2 ada cabangnya; ber­cabang. 3 ki bertentangan antara satu dgn yg lain (ttg pendapat dsb). percang­gahan 1 perihal bercanggah: ~ pendapat boleh menyebabkan berlakunya perselisihan. 2 sesuatu yg bercanggah: Mereka berjaya menyelesaikan ~ yg timbul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cognitive dissonancecanggah ketahuan kognitifKomunikasiTiadaPerasaan yang tercetus apabila pengetahuan yang sedia ada bertentangan dengan maklumat baru yang diterima sama ada melalui perhubungan bersemuka atau sebaran am.
boat hook and crutchescangkuk dan canggahPerikananTiadaTiada

Kembali ke atas