pharmacological effect | kesan farmakologi | Farmasi | Farmakologi | Kesan daripada pengambilan drug yang mengakibatk:an perubahan fisiologi atau biokimia di dalam tubuh. Kesan farmakologi boleh dikelaskan kepada kesan dikehendaki dan kesan tidak dikehendaki. Kesan dikehendaki selalunya merujuk: kepada drug yang memberi kesan kebaikan dan dapat merawat sesuatu penyakit. Kesan tidak dikehendaki pula merujuk: kepada kesan-kesan drug yang lain, sama ada kesan memudaratkan, kesan tidak memudaratk:an atau kesan bermanfaat. Contohnya, pengambilan rifampisin untuk merawat tuberkulosis. Selain mempunyai kesan kebaikan, iaitu dapat membunuh mikroorganisma penyebab penyakit tersebut, ia juga boleh menimbulkan kesan lain yang tidak memudaratkan, seperti menyebabkan air kencing dan najis berubah warna. |
pharmacology | farmakologi | Farmasi | Farmakologi | Kajian menyeluruh mengenai sains dan aplikasi klinikal ubat-ubatan yang merangkumi kajian mengenai drug,sumber, sifat, kandungan dan termasuk juga aspek penyediaan, kegunaannya secara terapeutik serta tindakan-tindakan sesuatu drug. Farmakologi merangkumi farmakognosi, farmak:okinetik, farmak:odinamik, farmakoterapeutik dan toksikologi. |
pharmacotherapeutic | farmakoterapeutik | Farmasi | Farmakologi | Bidang farmakologi yang mengkaji penggunaan drug dalam rawatan penyakit. Kajian ini bertujuan menghasilkan bentuk rawatan terbaik yang merangkumi pemberian drug yang paling berkesan dengan kesan sampingan minimum serta kos yang berpatutan. |
pharmacological or therapeutic classification | pengelasan farmakologi atau terapeutik | Herba | Tiada | Pengelasan herba menurut tindakan farmakologi yang disebabkan oleh kandungan bahan aktif utama atau kegunaan terapeutiknya. Pendekatan pengelasan ini semakin popular. Walau bagaimanapun, kandungan pelbagai bahan aktif yang terdapat dalam herba yang sama boleh mempunyai tindakan farmakologi atau kegunaan terapeutik lain. |
clinical expert report | laporan pakar klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar. |
intolerance | tak tolerans | Farmasi | Farmakologi | Ketidakmampuan individu terhadap kesan farmakologi sesuatu drug atau ubat. Pengambilan drug walaupun dalam kuantiti yang sedikit atau dos yang rendah akan memberi kesan yang melampau. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh ciri-ciri genetik individu tetapi kes seperti ini jarang berlaku.Sekiranya berlaku, drug tersebut akan ditukar dengan drug jenis lain yang boleh diterima oleh pesakit. |
immunopharmacology | imunofarmakologi | Perubatan | Tiada | Satu subbidang farmakologi yang (mengkaji) merangkumi kesan farmakologi dan terapeutik ubat terhadap sistem imun humoral dan selular serta penggunaan ubat dalam rawatan penyakit atau masalah yang melibatkan sistem imun. Antara cabang imunofarmakologi ialah rawatan pemindahan organ, penyakit autoimun dan vaksin. |
mechanism of action | mekanisme tindakan | Farmasi | Farmakologi | Mekanisme sesuatu bahan aktif untuk menghasilkan kesan farmakologi ke atas organisma hidup atau sistem biokimia Suatu mekanisme tindakan selalunya merangkumi proses pengecaman reseptor oleh bahan aktif yang akanterikat pada reseptor tersebut dan seterusnya mempengaruhi tindakan biokimianya. Contohnya, mekanisme tindakan pengikatan morfin pada reseptor opioid untuk menghasilkan kesan analgesia. |
inhibitor | perencat | Farmasi | Farmakologi | Agen yang merencat tindakan suatubahan aktif melaluiikatan pada reseptor tertentu dan menyebabkan kesan farmakologi bahan aktiftersebut berkurangan atau dihentikan. Contohnya, aspirin menyekat sintesis prostaglandin dengan bertindak sebagai perencat enzim siklooksigenase. |
pharmacology network | rangkaian farmakologi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Interaksi biologi sistem yang kompleks antara ubat-ubatan dengan penyakit. Maklumat yang diperoleh daripada rangkaian farmakologi digunakan untuk memahami tindakan ubat-ubatan terhadap gen, protein dan metabolit yang terlibat secara langsung di dalam penyakit. |