Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gen yang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypostasishipostasisBiologiGenetikSaling tindakan gen yang melibatkan perlindungan atau penghalangan pengekspresian suatu gen oleh suatu gen yang bukan alelnya. Gen yang menghalang pengekspresian gen lain dikatakan gen berepistasis dan gen yang terlindung dikatakan gen berhipostasis.
regulatory genegen pengawal aturBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang terlibat dalam kawal atur pengekspresan satu atau lebih gen-gen yang lain melalui tatacara penindas dan pengaktif. Gen ini mengawal atur pengeluaran protein melalui proses transkripsi gen dan membenarkan sel bertindakbalas dengan cepat kepada perubahan persekitaran.
gene fusionpertaupan genBiologiGenetikProses penyatuan dua atau lebih gen yang mengekodkan produk yang berbeza dengan menggunakan teknik DNA rekombinan. Proses ini digunakan supaya gen-gen yang terlibat dapat dikawal oleh sistem pengawal atur yang sama.
chimeric proteinprotein kimeraFarmasiBioteknologi FarmasiProtein yang dihasilkan melalui gabungan dua atau lebih gen yang masing-masing mengekod protein yang berbeza. Protein kimera mempamerkan fungsi gen-gen yang digabungkan. Protein ini dihasilkan untuk penyelidikan dan terapeutik. Contoh protein kimera terapeutik ialah penyekat faktor nekrotik tumor-? (penyekat TNF?).
euchromatineukromatinBiologiGenetikkromatin yang membentuk sebahagian besar kromosom dan mengandungi gen-gen yang aktif.
structural genegen tambahBioteknologiTiadaGen-gen yang bersaling tindak, tetapi tidak menunjukkan kedominanan sekiranya gen itu alel atau tidak menunjukkan epistasis sekiranya gen tersebut bukan alel.
gene substitutionpenggantian genBiologiGenetikPenggantian satu gen dengan alelnya tanpa mengubah gen-gen yang lain.
gene splicingpenyambatan genBioteknologiTiadaPemotongan DNA oleh enzim pengehadan pada beberapa tapak tertentu untuk memencilkan dan mengecam gen-gen yang terdapat pada DNA.
comparative genomicgenomik perbandinganFarmasiBioteknologi FarmasiPerbandingan jujukan DNA antara spesies yang berlainan untuk meramal dan mengenal pasti fungsi gen-gen yang serupa dan jujukan DNA berulang. Contohnya, perbandingan jujukan DNA antara bakteria patogen dengan bakteria bukan patogen boleh membantu mengenal pasti faktor kepatogenan dan evolusi organisma.
cDNA libraryperpustakaan cDNAFarmasiBioteknologi FarmasiKoleksi pelbagai klon cDNA yang dijana daripada templat RNA pengutus sesuatu sampel tisu atau sel. Perpustakaan cDNA terdiri daripada gen-gen yang diekspresikan pada waktu RNA diekstrak. Oleh itu, perpustakaan cDNA hanya mewakili sebahagian maklumat genetik organisma. Perpustakaan cDNA berperanan sebagai sumber untuk menganalisis ekspresi gen, mengklon gen yang khusus dan sebagai medium rujukan pada masa hadapan.
12345678910...

Kembali ke atas