Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.tang.gung.ja.wa.ban] | کبرتڠݢوڠجوابن

Definisi : perihal (sifat) ber­­­tanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebertanggungjawaban


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accountability proceduretatacara kebertanggungjawabanPentadbiranPentadbiran Awam

Prosedur, kaedah dan cara yang perlu dipatuhi dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi. Ia melibatkan proses formal yang berpandukan kepada peraturan tertentu bagi mengelak berlaku salah tadbir, seterusnya mencapai objektif organisasi. Ketidakpatuhan terhadap tatacara kebertanggungjawaban merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Contohnya dalam hal ehwal kewangan, setiap perbelanjaan kelengkapan organisasi mesti diluluskan terlebih dahulu oleh pihak pentadbiran atasan dan kemudiannya mendapatkan sebut harga sebelum membuat sesuatu pembelian.

hierarchy of controlhierarki kawalanPentadbiranPentadbiran Awam

Hierarki sah tanggungjawab seseorang kakitangan terhadap tugas yang perlu dilaksanakan. Kebertanggungjawaban tersebut mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa, tatacara, dan arahan bagi memastikan matlamat dapat dicapai. Kebertanggungjawaban ini memberikan kuasa sah kepada seseorang pentadbir. Contoh akauntabiliti pentadbiran ialah kawalan, imbangan kuasa dan pengkhususan kerja dalam sistem pentadbiran.

accountability deficitdefisit kebertanggungjawabanPentadbiranPentadbiran Awam

Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan.

accountabilitykebertanggungjawabanGerontologiTiadaKewajipan seseorang untuk bertanggungjawab terhadap keputusan atau tindakan yang dibuat bagi pihak tertentu.
management accountabilitykebertanggungjawaban pengurusanPentadbiranTiadaTiada
accountability assessmentpentaksiran kebertanggungjawabanPendidikanTiada

 Menilai keberkesanan guru atau sekolah berdasarkan petunjuk-petunjuk kecekapan dan keberkesanan pengajaran serta pengurusan.

public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

span of controljangkauan kawalanPengurusanPerancanganPenentuan keluasan bidang kuasa sah dan kebertanggungjawaban seseorang pengurus dalam organisasi, dengan mengambil kira bilangan pekerja yang berada di bawah seliaannya dan melaporkan maklum balas tugas secara terus kepadanya. Kepentingan jangkauan kawalan adalah untuk menentukan kuasa kawalan dan skop pemantauan yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus.
client-centered theoryteori pemusatan klienPsikologiPsikologi UmumTeori yang mencadangkan supaya seseorang klien seharusnya berperanan sepenuhnya dalam menguruskan kehidupan dan meningkatkan motivasi diri. Kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan kebolehan untuk berubah seharusnya berada di tangan klien sendiri dan bukannya ahli terapi.
corporate governancetadbir urus korporatPengurusanPerancanganSuatu garis panduan kerja dan peraturan yang mengawal peri laku pengurusan atasan dan ahli lembaga pengarah sesebuah organisasi. Penekanan utama tadbir urus korporat ialah kebertanggungjawaban, keadilan dan ketelusan. Tujuan utama pemantauan melalui tadbir urus korporat adalah untuk melindungi pihak berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, pekerja, pelanggan dan kerajaan. Contoh perincian dalam garis panduan ini ialah butiran kontrak dengan ahli lembaga pengarah, termasuk peranan dan tanggung jawab, hak dan ganjaran serta prosedur penyelesaian konflik dengan pihak yang berkepentingan.
12

Kembali ke atas