Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.lut] | کلولوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), pepulut, pulut-pulut, pulut lembu, Urena lobata; ~ merah sj tumbuhan (herba), Cyathula prostrata; ~ putih sj tumbuhan pokok (renek), pokok lidah ular, ketumbar hutan, Sida acuta; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (herba), Fuirena glomerata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.lut] | کلولوت

Definisi : sj tebuan kecil, Melipona minuta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.lut] | کلولوت

Definisi : sj serangga, Laccifer lacca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelulut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelulutkelulutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat embalau
stingless beekelulutBiologiEntomologiLebah madu dalam subfamily Apidae, yang bersaiz kecil, hidup berkoloni di dalam tanah atau pada batang kayu tua, dan tidak menyengat, tetapi dapat menggigit. Lebah ini kebanyakannya terdapat di kawasan tropika.
bur-fruited urena (Urena lobata)kelulut (Urena lobata)PertanianTiadaTiada
getah pelekatgetah pelekatSukanTiadaBahan daripada pokok kecupu atau lilin kelulut untuk melekatkan tali pada badan gasing.
lacembalauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan seperti damar yang dikeluarkan oleh kelulut, Laccifer lacca yang biasanya memakan sap pokok tertentu di kawasan hutan Asia. Bahan ini banyak digunakan untuk membuat piring hitam, bahan penebat dan varnis. Sin: lak
superfoodmakanan unggulMakanan dan PemakananMakananMakanan yang kaya dengan nutrien dan dianggap sangat bermanfaat untuk penjagaan kesihatan. Selain mengandungi vitamin dan mineral, makanan unggul juga mengandungi antioksidan, serat atau fitokimia yang baik untuk kesihatan. Contoh makanan unggul ialah brokoli, madu kelulut, beri acai, ikan salmon dan buah delima.
apicultureapikulturPertanianAgroteknologiAktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak.

Kembali ke atas