Remigu | Calotropis gigantea | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Asclepediaceae ini juga dikenali sebagai rembega, remiga, lembiaga dan kemengu. Pokok jenis renik ini mempunyai batang berbulu putih. Daunnya berbentuk elips dan tangkai daunnya pendek. Daun muda dipenuhi bulu. Bunganya berwarna putih atau ungu muda. Buahnya jenis folikel berbiji keras. Tumbuhan ini sering kali dijumpai hidup liar di kawasan berpasir di tepi laut. Akarnya mengandungi saponin, kalotropin, kalotoksin, uskarin, kalaktina. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, tanin. Batangnya mengandungi tanin. Getahnya beracun. Daun yang telah dilumatkan digunakan sebagai tampalan untuk merawat bisul, kudis dan bengkak. Asap kulit pokok atau daun kering yang telah dibakar dihidu untuk merawat resdung dan ulser hidung. Getah digunakan secara luaran untuk merawat sakit telinga, sakit gigi, bisul, ekzema dan luka. Kulit akar digunakan untuk mengubati demam, gigitan ular, sakit kulit, sifilis. Air rebusan bunga digunakan untuk mengubati kusta, sifilis, gonorea, batuk dan masal |