achromatic condenser | kondenser tak kroma | Fizik | Optik | Kondenser yang biasanya terdiri daripada empat kanta. Dua daripadanya adalah kanta tak kroma dan berfungsi untuk menghapuskan aberasi kroma dan aberasi sfera. Kondenser ini digunakan pada mikroskop yang darjah pembesarannya sangat tinggi. |
atmospheric condenser | kondenser atmosfera | Sukan | Tiada | Kondenser yang menggunakan atmosfera sebagai media penyejuk. |
dump condenser | kondenser buangan | Kejuruteraan | Tiada | Kondenser wap yang didinginkan oleh air, digunakan untuk menyerap kuasa haba dari reaktor nuklear apabila sistem turbin tidak beroperasi. |
cardioid condenser | kondenser kardioid | Fizik | Optik | Kondenser yang membenarkan hanya cahaya belauan atau cahaya serakan oleh objek untuk masuk ke dalam mikroskop dan digunakan dalam mikroskop medan gelap. |
variable-focus condenser | kondenser fokus pemboleh ubah | Fizik | Optik | Kondenser yang biasanya terdiri daripada dua kanta. Kanta pertama boleh dilaras untuk memfokuskan cahaya di antara kedua-dua kanta dan digunakan untuk mendapatkan kawasan medan tersinar yang luas. |
condenser humidifier | pelembap kondenser | Perubatan | Tiada | Alat pakai buang yang menggunakan kondenser untuk melembapkan aliran gas segar atau oksigen yang diberikan kepada pesakit. Alat ini diletakkan pada lengan inspiratori litar pernafasan. |
condenser lens | kanta kondenser | Fizik | Optik | Gabungan kanta dalam peralatan optik untuk menumpukan cahaya ke atas objek dengan pencahayaan yang kuat. Dalam projektor, kondenser ini terdiri daripada dua kanta satah cembung yang menumpukan sinar dari lampu projektor ke atas celah. |
condenser | kondenser | Fizik | Tiada | Tiada |
condenser | kondenser | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
condenser | kondenser | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |