Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.kas] | ممبرکس

Definisi : 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh;2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.kas] | ممبرکس

Definisi : 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberkas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bundling machinemesin pemberkasKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenekan yang digunakan untuk memberkas helaian kertas sesebuah buku. Mesin pemberkas terdiri daripada tiga jenis, iaitu: 1. Mesin pemberkas tangan yang terdiri daripada dirian lantai dengan dua rahang dicagak secara mendatar. Satu rahang boleh gerak dan satu lagi statik. 2. Mesin pemberkas berkuasa yang menegak atau mendatar. Dalam mesin ini, lantai boleh gerak dipacu ke arah kepala pegun oleh kuasa yang diberikan oleh motor elektrik melalui sistem gear dan rak. 3. Mesin pemberkas pneumatik yang tegak atau mendatar. Rahang dipacu omboh yang digerakkan udara termampat sistem pneumatik.

Kembali ke atas