agrotaiment | agrohibur/hibur tani | Umum | Tiada | Kaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan. |
sample distribution | edaran sampel | Komunikasi | Korporat | Kaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel. |
event management | pengurusan acara | Pelancongan | Tiada | Aktiviti untuk menguruskan, mempromosikan dan mengendalikan acara yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi. |
self-promotion | promosi diri | Pengurusan | Tiada | Perbuatan atau tindakan individu mempromosikan atau menonjolkan reputasi baik, profil, dan kepentingannya agar lebih dikenali oleh orang lain untuk kemajuan kerjaya. |
consumer franchiesbuilding promotion | promosi francais pengguna | Pentadbiran | Tiada | Galakan jualan yang mempromosikan kedudukan barangan yang digunakan oleh pengguna. |
booth | reruai | Umum | Tiada | Kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu. |
instructional scaffolding | perancah pengajaran | Pendidikan | Tiada | Peruntukan pembiayaan atau sokongan untuk mempromosikan pendidikan apabila konsep dan kemahiran mula diperkenalkan kepada pelajar. |
go-to-market | pasaran bersasar | Perniagaan | Tiada | Pelan tindakan sesuatu syarikat untuk mempromosikan dan melancarkan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran. |
marketing trend | arah alir pemasaran | Pentadbiran | Tiada | Kecenderungan semasa tentang cara menjual dan mempromosikan jualan. |
tv commercial | iklan tv | Komunikasi | Tiada | Iklan yang disiarkan di dalam televisyen khusus untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang bermatlamat untuk mendapat keuntungan. |