Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung] | مڠهوبوڠ

Definisi : menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghubung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menghubungmenghubungKesenianTiadaProses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang diterima untuk mengelakkan mengulang proses kerja awal menenun seperti menyampak dan mengarat untuk meneruskan helaian yang lain.
caudal communicating arteryarteri menghubung kaudaVeterinarTiadaTiada
homoseismal linegaris homoseismaGeografiTiadaGaris yang menghubung semua titik di sebuah peta yang mengalami gempa bumi serentak.
homoseismal linegaris homoseismaGeologiTiadaGaris yang menghubung semua titik di sebuah peta yang mengalami gempa bumi serentak.
meja hidangmeja hidangKesenianTiadaTempat melakukan kerja menghubung.
equivariablesama pemboleh ubahGeografiTiadaGaris di peta atau gambar rajah serakan yang menghubung titik-titik yang mempunyai pekali keterubahan yang sama.
DNA ligaseDNA ligaseFarmasiBioteknologi FarmasiEnzim yang memangkini sintesis DNA yang dapat menghubung atau menampal retasan bebenang tunggal antara nukleotida bersebelahan di dalam rantai DNA bebenang ganda dua. Secara in vitro, enzim ini dapat menyambungkan hujung jeleket secara kovalen selepas tindakan enzim pengehadan. Enzim ini juga memangkini pembentukan ikatan fosfodiester antara serpihan hujung tumpul.
linkerpenghubungBiologiGenetikDNA bebenang ganda dua pendek yang mengandungi tapak pemotongan enzim pembatasan yang digunakan untuk menghubung segmen DNA yang ingin diklonkan kepada vektor pengklonan dan sekali gus memasukkan tapak enzim pembatasan tersebut.
nailpakuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat penyambung yang biasanya dibuat daripada keluli lembut atau bergalvani yang digunakan untuk menghubung dan melekatkan bahan kerja kayu. Paku mempunyai tiga bahagian iaitu kepala, badan dan hujung runcing dan tajam, dan terdiri daripada saiz yang pelbagai. Untuk kegunaan bahan kerja kayu yang selalu terkena air, paku yang dibuat daripada tembaga atau loyang adalah lebih sesuai.
linking loaderpemuat pemautanKejuruteraanTiada1. Atur cara komputer yang mengambil segmen-segmen atur cara dan menempatkannya satu persatu dalam ingatan, melaras lokasi suruhan lompat dan panggil untuk memadankannya dengan penempatan baru dalam ingatan.,2. Rutin yang menggabungkan segmen atur cara dan mengumpuk semula alamat-alamat untuk menggambarkan lokasi ingatan yang baru.,3. Pembeban boleh cari yang menghubung beberapa modul objek kepada suatu modul beban tunggal, melerai rujukan luar dalam proses itu. Hal ini membolehkan pengguna memuat atur-atur caranya ke dalam mana-mana kawasan ingatan.

Kembali ke atas