artificial medium | medium buatan | Pertanian | Agroteknologi | Bahan cecair atau gel yang mengandungi nutrien untuk mengkultur mikroorganisma atau tisu untuk tujuan kajian sains. Contohnya, medium agar-agar yang dicampur dengan formulasi nutrien yang digunakan untuk pengkulturan di dalam makmal. Medium ini biasanya dinyahkuman dengan menggunakan autoklaf supaya tidak dicemari dengan mikroorganisma yang tidak diperlukan. Medium buatan juga digunakan dalam pasu yang dibuat daripada gambut, butiran perlit atau vermikulit yang biasanya digunakan di tapak semaian. Medium buatan berbeza dengan medium asli seperti tanah yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan. |
broth | brot | Perubatan | Tiada | 2. Buburan nutrien yang menjadi asas bagi medium yang digunakan untuk mengkultur bakteria. |
culture medium | medium kultur | Pertanian | Agroteknologi | Bahan berbentuk agar-agar atau cecair yang mengandungi nutrien untuk membiakkan sel, mikroorganisma dan tisu tumbuhan. Kegunaan medium kultur termasuklah untuk mengkultur tisu tumbuhan sebagai satu cara membiak tanaman melalui bahagian tumbuhan seperti pucuk, batang atau daun. Selain itu, medium kultur digunakan untuk membiak bakteria bermanfaat seperti Rhizobium supaya dapat disuntik pada biji benih kekacang untuk membolehkan pengikatan nitrogen daripada udara. Medium kultur dibuat menggunakan serbuk agar-agar yang dibancuh dan ditambah dengan formulasi nutrien seperti formulasi Murasighe & Skoog untuk kegunaan kultur tisu tumbuhan. |
attenuated vaccine | vaksin teratenuat | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Virus atau patogen hidup yang kehilangan kevirulenan, tetapi masih boleh merangsang sistem pertahanan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran antibodi sebagai persediaan terhadap jangkitan virus dan patogen yang berkaitan, pada masa hadapan. Vaksin teratenuat disediakan dengan mengkultur virus atau patogen hidup dalam keadaan suboptimum, seperti suhu tinggi. Contohnya, vaksin polio Sabin. |
live vaccine | vaksin hidup | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Sediaan biologi yang digunakan untuk menghasilkan atau meningkatkan keimunan seseorang terhadap sesuatu jangkitan. Vaksin hidup biasanya diterbitkan daripada bakteria atau virus yang telah teratenuasi dari segi kevirulenan. Tahap kevirulenan patogen atau calon vaksin hidup boleh diatenuasikan dengan mengkultur sel dalam keadaan suboptimum, seperti dikultur pada suhu lebih tinggi daripada biasa atau mutagenesis dengan menggunakan teknik DNA rekombinan. |