Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.sa.tan] | ڤمستن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.sa.tan] | ڤمستن

Definisi : perbuatan atau proses memesatkan: Banyak usaha dan banyak pihak yg terlibat dlm ~ ekonomi negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemesatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
urban planningperancangan bandarPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha bagi menyediakan rangka atau kaedah untuk mencapai matlamat pembangunan di bandar dalam tempoh tertentu. Perancangan ini merupakan satu cadangan untuk merencana serta menyusun atur sesebuah bandar dan cara cadangan itu boleh dicapai. Perancangan bandar dianggap sebagai matlamat yang mengunjurkan keadaan bandar pada masa akan datang supaya dapat memaju atau mengembangkan tindakan yang bakal diambil untuk memenuhi keadaan yang diunjurkan itu. Oleh sebab bandar adalah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan yang dijalankan, maka satu perancangan rapi perlu diambil khususnya dalam konteks pemesatan sesebuah bandar tersebut. Contohnya ialah pelan induk pembangunan sesebuah bandar disediakan mengikut tempoh masa tertentu sebelum dilaksanakan dan dipamerkan untuk pemerhatian umum.


Kembali ke atas