refrigerant storage | penyimpan bahan penyejuk; simpanan bahan penyejuk | Fizik | Tiada | Tiada |
compression cooler | pendingin mampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin yang dikendalikan berdasarkan pengewapan cecair penyejuk untuk mendinginkan sesuatu sistem atau proses. Pengewapan cecair penyejuk ini menyebabkan cecair penyejuk bertukar menjadi gas dan serentak mendinginkan sistem tersebut. Pemampat kemudian digunakan untuk memampatkan gas semula ke fasa cecair bagi proses pendinginan selanjutnya. |
primary coolant circuit | litar penyejuk primer | Fizik | Atom dan Nuklear | Sistem yang direka bentuk untuk membuang haba yang dibebaskan oleh suatu reaktor nuklear dengan memindahkan haba tersebut melalui penjana stim dan litar penyejuk sekunder. Litar penyejuk primer biasanya terdiri daripada tiga gelungan selari yang setiap satunya mengandungi pam pengedaran utama dan dua penukar ganti haba. |
cascade cooler | pendingin lata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin yang menggunakan lebih daripada dua kitaran sistem penyejuk, dan cecair penyejuk yang berlainan disusun dalam satu lata. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan wujudnya had tekanan penyejat dan pemeluwap supaya pendinginan dicapai tanpa perlu mengubahsuai sistem penyejat atau pemeluwap untuk duti yang tinggi. |
contact condenser | pemeluwap sentuh | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pemeluwap dengan cecair penyejuk dan wap dicampurkan secara fizikal dan keluar daripada pemeluwap dalam satu arus. Cecair penyejuk disemburkan ke dalam arus wap yang akan dicecairkan. Ia digunakan jika wap yang dicecairkan ialah air. Air pada suhu ambien digunakan sebagai bahan penyejuk. |
cooling jig | jig penyejuk | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Jig yang dipasang dengan sistem penyejuk untuk menyejukkan bahagian semasa pengimpalan. |
cooling jig | jig penyejuk | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jig yang dipasang dengan sistem penyejuk untuk menyejukkan bahagian semasa pengimpalan. |
reactor coolant pump (RCP) | pam penyejuk reaktor | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Alat yang memacu aliran bahan penyejuk ke teras reaktor air bertekanan. |
transmission oil cooler | penyejuk minyak penghantaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyinar kecil yang dipasang berasingan daripada penyinar sistem penyejuk enjin, yang berfungsi untuk menyejukkan bendalir sistem penghantaran dan stereng kuasa. |
refrigerant | bahan penyejuk | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan kimia yang digunakan dalam pendinginan atau penyejukan buatan. Ciri-ciri penting bahan penyejuk merangkumi sifat tidak mudah terbakar, ketoksikan yang rendah, takat didih rendah serta haba pendam pengewapan yang tinggi. Contoh, ammonia, halogen dan karbon dioksida. |