doorstep banking | perbankan depan pintu | Perbankan | Tiada | Kemudahan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan untuk melakukan aktiviti perbankan seperti pembukaan akaun, deposit tunai, pengeluaran tunai dan deposit cek tanpa perlu mengunjungi cawangan bank. |
Islamic banking system | sistem perbankan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan hukum Islam. Semua urus niaga adalah berdasarkan syariah dan menggunakan kaedah fiqh. Sistem perbankan Islam di Malaysia pada awalnya kenali sebagai sistem perbankan tanpa faedah (SPTF). Sistem ini bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983. Pada 1993, bank konvensional juga dibenarkan menawarkan produk dan kewangan Islam melalui jendela Islam. Bermula pada 2005, bank konvensional dibenarkan menubuhkan subsidiari perbankan Islamnya sendiri. Terdapat tiga fungsi utama penubuhan perbankan Islam iaitu pertama, menerima simpanan daripada pelanggan seperti akaun semasa dan akaun simpanan yang berasaskan akad al-Wadi’ah Yad al-Damanah. Kedua, mengeluarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan pembelian rumah atau kereta yang menggunakan akad Bai’ Bithaman ‘Ajil. Ketiga, menyediakan perkhidmatan kewangan seperti pertukaran mata wang asing (al-Sarf), kiriman wang dan kemudahan pembayaran gaji. Perbankan Islam juga menawarkan pelbagai produk lai |
Islamic banking institution | institusi perbankan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi perbankan yang menawarkan produk dan perkhidmatan selari dengan syariah. Institusi ini mengelakkan urus niaga berdasarkan kadar bunga dengan menggalakkan urus niaga berdasarkan jual beli dan perkongsian untung. Di samping mencari keuntungan, institusi perbankan Islam juga tidak mengabaikan objektif kebajikan seperti membantu golongan miskin melalui kemudahan qardul hasan. Institusi ini boleh berbentuk sama ada perbankan Islam penuh atau jendela Islam. |
liquid asset | aset mudah tunai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Aset yang mesti dipegang oleh institusi perbankan untuk memenuhi peraturan Bank Negara Malaysia yang menghendaki institusi perbankan menyimpan peratusan tertentu daripada liabiliti layak dalam bentuk aset mudah tunai. Bagi institusi perbankan Islam, aset mudah tunai terdiri daripada wang tunai, alat pasaran wang Islam, sijil pelaburan kerajaan, bon mudarabah cagamas, bil Bank Negara dan sijil simpanan Merdeka. Aset ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan pengeluaran simpanan dan pembiayaan baru yang diminta oleh pelanggan. Sinonim aset cair. |
electronic banking | perbankan elektronik | Pentadbiran | Tiada | Perbankan yang menggunakan teknologi elektronik. |
banking | perbankan;landai (Lumba basikal) | Undang-undang | Tiada | Perbankan: Pengendalian, urus niaga, pekerjaan dan urusan yang dilakukan oleh sesebuah bank. |
wholesale banking | perbankan borong | Pentadbiran | Tiada | Urus niaga perbankan antara bank perdagangan dengan institusi kewangan lain. |
non interest banking | perbankan tanpa riba | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat sistem perbankan Islam. |
interest-free banking system | sistem perbankan tanpa faedah (SPTF) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat sistem perbankan Islam. |
cash recycling machine (CRM) | mesin kitar semula tunai | Perbankan | Tiada | Mesin dwifungsi yang menggabungkan perkhidmatan pengeluaran dan deposit tunai. Mesin ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat transaksi perbankan seperti deposit tunai, pemindahan dana dan pengeluaran tunai dengan lebih mudah. |