Persian carpet | permaidani Parsi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permaidani yang dianggap penting dalam seni dan budaya Parsi kerana tenunannya merupakan suatu kemahiran terulung dalam seni dan budaya Parsi. Berdasarkan bukti yang ditemui oleh pengkaji, seni tenunan ini telah bermula sejak zaman Parsi purba. Permaidani Parsi terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Farsh/Qalii' (ukuran melebihi 6'0'x 4'0') 2. Qalicheh (ukuran tidak melebihi 6'0' x 4'0') 3. Kilim(permaidani nomad, termasuklah Zilu yang bermaksud permaidani kasar). Sinonim 'ambal parsi'. |