Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw; menitis berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma (bkn jiwa); titisan penjelmaan; penitisan 1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa; 2. ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
titis
Rujuk :titik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biuret testujian biuretKimiaTiadaUjian untuk menentukan kehadiran peptida, protein, asid amino, dan albumin yang mengandungi kumpulan amida. Larutan natrium hidroksida dan beberapa titis larutan kuprum(II) sulfat dicampurkan ke dalam larutan yang hendak diuji. Pembentukan warna ungu menunjukkan kehadiran peptida, protein, asid amino atau albumin.
species of cloudspesies awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSubbahagian genus awan yang mengambil kira satu ciri yang berikut atau lebih; i. bentuknya (gerombongan, tudungan, lembaran, dan lapisan), ii. ukurannya (luas unsur yang terkandung, keluasan unjuran menegak, dsb.) iii. struktur dalamannya (awan yang terbentuk oleh hablur, ais titis air, dsb.) iv. proses fizikal yang diketahui atau yang diandaikan yang boleh menyebabkan pembentukan awan (awan yang disebabkan oleh fenomena orografi, dsb.) Berikut merupakan spesies awan dengan singkatan masing-masing: fibratus fib flokus flo fraktus fra humilis hum kalvus cal kapilatus cap kastelanus cas kongestus con lentikularis len mediokris med nebulosus neb spisatus spi stratiformis str uncinus unc
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.

Kembali ke atas