dagang piatu | orang dagang yg tidak bersaudara-mara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
e-dagang | /i-dagang/ proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan melalui rangkaian komputer atau Internet): Manfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan pedagang dan orang biasa sbg pengguna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
piatu | 1 = yatim ~ ibu dan bapanya sudah meninggal: anak ~ anak yg telah kematian ibu dan bapanya. 2 tidak mempunyai saudara-mara; dagang ~ orang dagang yg tidak bersaudara-mara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda dagang, tanda dagangan | cap dagang | Kamus DBP versi dalam Talian |
dagang piatu | orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang II | Mn; mendagang memikul, mengusung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang senteri | berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang piatu | orang asing seorang diri (sebatang kara); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang melarat | orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang | 1. datang (berasal) dr luar negeri atau dr tempat asing (bkn orang dll). 2. orang yg merantau (mengembara): Dia ~ di negeri ini. 3. pekerjaan yg berkaitan dgn membeli dan menjual; jual beli. berdagang 1. menjalankan perniagaan; berniaga. 2. = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. memperdagangkan membeli dan menjual sesuatu; memperniagakan: Saudagar itu ~ barang-barang yg dibawa dr negerinya. dagangan barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. perdagangan urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. pedagang orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang. | Kamus Pelajar |