teleks | /téléks/ 1 perkhidmatan perhubungan antarabangsa yg menggunakan teleprinter utk berhubung terus. 2 apa-apa (berita dsb) yg diterima atau yg dihantar melalui teleks 1. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
detente | (détente) (Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dll) antara negara-negara dlm hubungan antarabangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diplomatik | 1. bkn hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan kalangan ~ British; banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain; 2. bp dgn berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harum I | 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, mewangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keharuman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antarabangsa | bkn dgn beberapa atau banyak bangsa atau negara di dunia: perdagangan ~; undang-undang ~; peringkat ~. mengantarabangsakan menjadikan atau meletakkan sesuatu (digunakan atau diterima) di peringkat antarabangsa: Usaha utk ~ bahasa Melayu giat dijalankan. keantarabangsaan hal atau sifat antarabangsa: Sikap ~ pemimpin itu memudahkan hubungan antara kedua-dua negara. pengantarabangsaan perihal atau usaha mengantarabangsakan: ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undang antarabangsa | undang-undang yg mengatur per-hubungan antara negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keantarabangsaan | hal atau sifat antarabangsa: Sikap ~ pemimpin itu memudahkan hubungan antara kedua-dua negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antarnegara | Id dlm hubungan antara satu negara dgn negara yg lain, antarabangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diplomasi | 1. seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para diplomatnya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang; berdiplomasi 1. mengurus hubungan antarabangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |