kekalahan | perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keujian | 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biasa | 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah I | kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung II | 1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah pertengahan bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertanggungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggungjawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uji | percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil lading pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberikan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumpun | 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebus | 1. membayar wang utk mendapatkan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengumpulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat perhubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. membela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mahkamah utk ~ Mak Jah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebus I | bertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;menebus 1. membayar wang utk mendapatkan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengumpulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat perhubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. membela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mahkamah utk ~ Mak Jah; ~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami; tertebus dapat ditebus;tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; ~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian; penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balas | 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |