keluhan | 1 kata-kata utk melahirkan perasaan sedih kerana menderita kesusahan dll; rintihan. 2 tidak tenteram fikiran; gelisah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluhan | 1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintihan | 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintih I | = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluh | , = keluhan 1 kata-kata utk melahirkan perasaan sedih kerana menderita kesusahan dll; rintihan. 2 tidak tenteram fikiran; gelisah. berkeluh, mengeluh menunjukkan atau melahirkan rasa sedih dll kerana kesusahan; merintih. mengeluhkan mengeluh ttg sesuatu: Ia terus ~ ketidakpuasan hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
erangan | keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dll): ia mendengar terus-menerus ~ isterinya pd malam sepi itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erang | keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dll): ia mendengar terus-menerus ~ isterinya pd malam sepi itu;mengerang 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~ tidak makan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erang | , = erangan keluhan atau rintihan kerana sakit dll: Dia mendengar ~ neneknya dr bilik sebelah. mengerang 1 mengeluh kerana kesakitan dll: Semalam-malaman, ia ~ kerana tidak tahan menderita sakit. 2 ki mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluh | = keluhan 1. kata-kata utk melahirkan perasaan sedih kerana menderita kesusahan dll; rintihan. 2. tidak tenteram fikiran; gelisah. berkeluh, mengeluh menunjukkan atau melahirkan rasa sedih dll kerana kesusahan; merintih. mengeluhkan mengeluh ttg sesuatu:Ia terus ~ ketidakpuasan hatinya. keluh-kesah keluh. berkeluh-kesah melahirkan perasaan sedih, gelisah dll kerana menderita kesusahan dsb. | Kamus Pelajar |
erang | , = erangan keluhan atau rintihan kerana sakit dll: Dia mendengar ~ neneknya dr bilik sebelah. mengerang 1. mengeluh kerana kesakitan dll: Semalam-malaman, ia ~ kerana tidak tahan menderita sakit. 2. ki mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dll. | Kamus Pelajar |