Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemeruapan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ruapMn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masya­rakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai ke­likatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemeruapan1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai ke­likatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruapgelembung-gelembung putih pd benda cair; buih. meruap 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. kemeruapan keadaan atau sifat meruap (bkn bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap): Bahan-bahan tsb mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas