Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahadi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Imam Mahadipemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertunanganperihal bertunang (ber­tunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
imamAr 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunangbakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yg telah mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri: dia tinggal tidak berapa jauh dr rumah ~nya; bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin): sesudah bekerja baru ~; bertunangan sudah terikat oleh janji utk menjadi suami isteri, mempunyai perhubung-an sbg tunang: mereka telah ~; menunang 1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang: orang muda yg kaya itu datang ~ engkau; 2. = menunangi mengajak bertunang dgn, meminta bertunang dgn: ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya; menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dlm istiadat sbg tunangan: ia tidak mahu ditunangkan dgn anak bapa saudaranya; mempertunangkan menjadikan ber­tunang-(an): anaknya dipertunangkan dgn seorang pahlawan; tunangan tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin; pertunangan perihal bertunang (ber­tunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; penunangan perihal menunang (menunang­kan); petunang sl jampi atau mantera yg dikena­kan pd bunyi-bunyian utk menimbulkan rasa kasih kpd siapa yg mendengarnya; peluru ~ = peluru penunang sl peluru yg berjampi (tetap mengenai sasarannya).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas